BLOG HEADER

BLOG HEADER

Thursday 5 September 2013

Kawan Baik Saya, Kenangan Mengusik Jiwa 5 September

ASSALAMUALAIKUM..


Waaa, berhabuk blog gua. hahaha. giler lama betul x update kt cni. balik2 facebook, balik2 fb. sudah nya fb tu aku buat tmpt men game je. dah boring sgt dah. lupa laa lak ada blog kn. lama x membebel kt cni. hihihi

orait first story utk thn 2013 ni ( dh tgh2 taun da pon bru nk buat first story, hampeh btol ), nk cte sal KAWAN BAIK SAYA. haaa sume org ada kawan baik kn? dri kck smpai besar msti ada sorang kn bestfiren. kata org BFF gtu. hehehe. so aku plak agak ramai jgk bestfriend. alhamdulillah syukur pd Allah kerana mngurniakan aku dgn ramai kawan yg cntik, yg bijak n baik hati sumenya. rasa xpadan brkawan dgn dorang. ape2 pon terima kasih pada semua ye. =)

Lam ramai2 mmber aku ni ada sorang  yg aku salu ingat, salu aku rindu. bkn pe, byk bnda kongsi dgn dia. mnangis pon dgn dia. biarpon akhir2 baru rapat, aku syukur pada ALLAH sbb kurniakan ak sorg kawan yg memahami. orangnya sgt simple, sgt happy go lucky n sgt baik hati. dlm hepi2 dia tu ada jgk time pemalu n penakut  dia. kdg2 naik geram jgk sbb penakut yg amat. nk g buang smpah kt tong smpah xsmpai 10 kaki pon ajak aku. hahaha. kesian dia kadang2 kena marah dgn aku. maap yer kawan.

Aku xpnah dpt kwn cam dia. dia pada aku sorang yg sgt berani dlm takut2 dia tu. sume lecturer sume dia knl. n lecturer smpai CI pon knl dia. mulut dia ya rabbi, KECOHNYA ! kdg2 brcakap cam petir suara dia saja pnuh 1 ruang. tmbah lagi dgn mulut aku n yg sorang lagi. adess blh pecah itu tempat woo. teringat baju2 dia, kemain lagi kaler terang2. aku pnah komen 1 hari tu masa dia dtg uma nk p class, dia pkai bju kurung kuning dgn tudung kuning gak. aku ckp ` ko ni dh mcm telur dadar dah aku tgk `. dia gelak je. gelak lagi bdk ini. sabo ajelah.

dia la yg ajo aku pegi karoke. aku dari takut2 nk tarik suara smpai dh x kisah dh mic tu nk pecah ke hape. haisshh malu tol time tu tp dgn dia, aku peduli ape kan. aku pecah, dia gelak. dia pecah sama2 gelak. hahaha. serius rndu kenangan tu. kalo pegi makan n berjalan kteorg laa juara. masa bdk2 lain dh hbs blaja ( aku xmalu ngaku yg aku extender =) ) dia laa yg ulang alik g uma aku duk on9 n bercerita bagai. kdg2 aku plak mnziarah umah dia kt bwh sana nuh. bergelak sakan dgn bdk umah dia pulak, hadui. kdg2 aku rasa dia ni xsakit mulut ke asyik brcakap n bergelak tawa? bila aku pikir balik, aku pon serupa jgk. hadess

Tapi tulah kan, kata org, org yg kte sayang, besenya Allah lagi sayang. tarikh hari ni, 5 hb September, perginya sorang kawan yg aku anggap mcm family aku sndiri. alhamdulillah, Allah izinkan aku utk jmpa dia buat kali terakhir sblm dia pergi. dia sakit dh lama. xtau sbb ape. Allah je yg tau knp dia jadi mcm tu. aku ingat lagi. aku dh plan dgn dia nk jmpa tp asyik postpone psl dia kje shift n jauh, aku plak weekend je free. so time tu dia da cte sakit dia cenggini2. aku mndoakan dri jauh je masa tu. Allah je tau rindunya aku kt dia. 

akhirnya, Allah bg jgk aku jmpa dia. masa tu bulan syawal lagi. aku plan dgn 3 org lagi mmber kteorg. Nad, Zila n Anaf. aku masa tu dri kmpg nek bas kul 2 xsilap. jmpa dgn Zila yg dh lama mnunggu kt pkeliling. then kteorg tggu Nad plak lmbt cz masa tu dia kje kt Klang. tmpt jmpa kt stesen Bandaraya. petang lam kol 5 cmtu beru la semua ada. gerak g umh dia naik tren je hala ke sentul timur. flat umh dia tu btul2 sblh stesen lrt tu. agak trkejut jgk la bila tgk dia depan2. sedih rasa. dia sempat pesan suh tulis kt fb group kteorg mntak kwn2 doakan dia supaya cpt sihat. dia pon time tu mcm xlarat dah mcm penat je. sedih aku tgk. 

then, 4hb tu, aku pegi lagi umah dia. kali ni bwk Kak Yana. masa tu Kak Yana buat part time kt klinik aku. tapi time tu aku nmpk dia cam lain sikit. muka cam brcahaya je. mna la aku tau tu saat terakhir dia. blik keje petang 5hb tu berdesup2 call masuk. mmber2 tny, `ama, betul ke?` aku time tu mmg xtau pape. siap cakap lagi bd2 ni tipu je sbb aku baru jmpa dia SEMALAM. aku xcaya pon dorang ckp even sume dh nangis2 bagai. aku tpn abg dia, time tu la bru aku dpt tau. mnggigil bdn aku time tu. aku dh siap tpn Nad nangis2. Nad pn sdih sbb dia jauh xdpt tgk. masa aku bgtau Zila, Zila pn trkjut. siap pegi marah Anaf lg sbb x gtau dia padahal Anaf pon xtau lagi time tu. aku set masa dgn Zila, aku nk g tgk arwah kat HKL time tu. jam dh kul 9.30 dh time tu. masa tu aku dah xingat ape dah. takut pon x smpai bdk rmh siap ckp beraninya ko nk pegi. aku amek teksi naik lrt kt Ampang. spjg lam tren tu pikiran aku kosong je. tgn aku mnggigil2 bls msg bdk2 ni hntar. tau2 je dh smpai pkeliling. masa tu la bru aku rasa takut sbb hri dh malam sgt n aku sensorang je time tu. 

Bila Zila smp je trus pegi HKL. smpai kt dept forensik tu trus jmpa mak arwah. menangis2 kteorg. mlm tu jgk aku smpat mandikan kwn baik aku, kafankan dia. masa duk mndikan dia tu, dlm hati aku ulang kali bc Al-fatihah. sedih sgt time. masa dorg dh siap kafankan dia aku tgk muka dia bersih sgt cam baby. dlm hati aku time tu ulang2 kali aku ckp ` time kaseh sbb jd kwn aku smp ujung nyawa ko. maafkan aku kalo ada silap salah. aku redha ko pegi`. 

Smpai skg, aku teringat lagi suara dia. berbulan2 aku elak dgr lagu Bayangan Gurauan yg Rahmat nyanyi tu sbb kalo aku dgr otomatik aku ingt kt dia n cnfirm nangis. n kpd kawan aku, smoga roh ko tenang kt sana. aku doakan ko ditempatkan dlm kalangan org yg beriman. aku hny mampu rindu ko kt dunia je. gmbr ko n kenangan kte je yg mampu ubat rndu aku pd aku. n aku tau, bkn aku sorang je yg rndu kt ko. smoga family ko tabah selalu. Al- Fatihah buat dia yg aku sayang sgt2, Nurul Aida Mohd Zamri a.k.a Cuit.



*maaf kalo entry ini mngguris perasaan anda2 semua. selain doa, ini je yg aku mmpu cerita utk zahirkan rndu aku pd dia. *

0 comments:

Post a Comment